Realiti Kehidupan di PASUM
Saya sebagai pelajar PASUM yang dah harungi Semester 1, saya boleh katakan, ada bahagian mencabar, ada yang kita boleh senang. Di sini, saya akan kongsikan pengalaman saya ketika di PASUM dengan tujuan membantu pelajar-pelajar boleh menimbangkan PASUM sebagai jurusan pilihan.
Nota : Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya di PASUM sesi 2019/2020. Anda boleh sahaja cari di Internet, kisah-kisah di PASUM, tetapi kebanyakannya dah lebih 5 tahun kebelakang. Ada banyak perubahan hingga masa kini.
*Updated: Ini semua pengalaman before Covid-19, jadi sebarang perubahan mungkin akan berlaku.
Sebenarnya ada lebih banyak lagi maklumat yang boleh dipakai di website lain yang lebih lengkap. Cuma, fokus utama artikel saya tulis ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan nasihat sahaja.
Selamat membaca.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Saya merupakan pelajar PASUM 2019/2020 aliran Sains Hayat, ketua kuliah Hayat 1, Timbalan Pengarah Kluster Bookflix bawah JKP Akademik dan Intelektual (ADIN) di KUAZ, dan Ketua Jurugambar di KUAZ.
1. Kehidupan di Kolej
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Hubungan Persahabatan



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Kebebasan dan kemudahan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan
Belajar di mana-mana, ada cabaran masing-masing. Apa yang penting, sememangnya sambung PASUM adalah tindakan yang sangat berbaloi. Disebabkan asasi UM ada akses untuk sambung ke mana-mana degree nanti, anda masih boleh consider untuk fikir anda sesuai atau tidak di UM. Fasiliti dan kolej tu tolak tepi dulu. Walaupun akan berpisah akhirnya, tetapi suatu masa, perasaan rindu akan kenangan pasti akan dikenang. Percayalah, belajar di PASUM dapat menjadikan anda lebih matang, bijak dan pandai menguruskan diri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih kerana membaca.
Jika ada apa-apa ingin bertanya atau nak tambah apa-apa atau nak tengok lebih lagi, boleh lawat
Instagram
Sebenarnya ada lebih banyak lagi maklumat yang boleh dipakai di website lain yang lebih lengkap. Cuma, fokus utama artikel saya tulis ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan nasihat sahaja.
Selamat membaca.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Saya merupakan pelajar PASUM 2019/2020 aliran Sains Hayat, ketua kuliah Hayat 1, Timbalan Pengarah Kluster Bookflix bawah JKP Akademik dan Intelektual (ADIN) di KUAZ, dan Ketua Jurugambar di KUAZ.
1. Kehidupan di Kolej
- For your information, pelajar PASUM kini menetap di kolej kediaman ke-11, Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ). Bagi saya, kolej ini kecil sahaja, tapi lengkap. Ada kantin, gelanggang bola keranjang, futsal. Depan KUAZ pun ada pusat renang. Ada juga sediakan basikal awam Uniride yang boleh guna untuk ke mana-mana (since pelajar asasi tidak dibenarkan naik kereta atau motosikal dan parking di dalam KUAZ). Dari kolej ke fakulti PASUM, jalan kaki ambil masa 10-15 minit. Kedai fotostat pun rela nak print lecture note untuk pelajar, soalan midsem dan final pun ada, dah tersedia dah. Kedai serbaneka pun ada untuk beli keperluan asas. Boleh dikatakan sesuai lah pelajar Asasi duduk di KUAZ.👍
- Duduk kolej hanya tempat tidur je? Semestinya tidak. Duduk kolej ni pun banyak aktivitinya. Disebabkan KK11 dari kalangan pelajar PASUM, dan pelajar asasi perlukan merit kokurikulum yang cukup untuk kemasukan degree nanti, oleh itu, banyak lah aktiviti kat sini. Memamg boleh kenyang merit nanti. 😁
- Bermula dari sesi PASUM 19/20, pemilihan Jawatankuasa Tindakan Kolej akan diadakan secara pilihan raya, which means ada manifesto yang perlu disediakan dari pelajar. Dekat sini kita boleh perhatikan pelbagai ragam kawan-kawan nanti.
- Selepas dah terpilih, nanti mereka semua ni lah yang akan berhempas pulas untuk fikir aktiviti untuk kolej nanti. Jujur katakan, memang penuh pack dengan aktiviti. Boleh dikatakan setiap minggu ada aktiviti yang disediakan. Anda semua boleh menjadi AJK atau peserta aktiviti-aktiviti ni juga, jadi hidup di kolej tidaklah membosankan sangat disamping dapat merit. Pelajar asasi perlu lapar dengan merit, senang cerita.
![]() |
(Hari pertama di UM)
|
- Adakah sibuk?😕 Depends pada pelajar. Ada yang setiap kluster nak join semua, jadi pandai-pandailah bahagikan masa. Jika saya, saya masuk aktiviti yang saya minat sahaja. Walaubagaimanapun, jangan abaikan akademik kerana akademik perlu difokuskan (90% markah dari akademik dan 10% kokurikulum).
- Bagaimana dengan mental di sini? Saya boleh katakan, ada satu saat anda boleh berasa keseorangan, sunyi dan stress. Tapi, cari lah kawan yang boleh anda lepak dan tenangkan fikiran. Jangan duduk bilik sahaja, kena bergaul juga. Kalau nak balik rumah, baliklah.
- Sebab bila dah lama duduk sini dan belajar ni, kita akan rasa insecure dengan diri sendiri. Sebab yelah, masa sekolah kita top student, tapi dekat PASUM, ada yang lagi bijak dan rajin dari kita. Kadang-kadang bila ada masalah dengan kawan pun menjadi punca.. Oleh itu, banyakkan bersabar dan berdoa kepada Tuhan untuk memberi ketabahan hati melalui ujian.
![]() |
| Jamming |
![]() |
| Buat tayangan movie dan kongsi maksud tersirat dari movie tersebut. |
![]() |
Pening nak layan kerenah kawan nak gambar banyak.
|
Esok ada quiz, sempat lagi malam sebelumnya buat firedrill.
Dapat roommate yang study pukul 4-5 pagi ni. What do you think? Nikmat atau dugaan? For me nikmat sebab dapatlah pahala niat qiamullail walaupun tak sempat buat....
*Tengok E-Magazine Kolej Ungku Aziz 2019/2020 untuk aktiviti kolej kitorang!
https://anyflip.com/ukmid/edwh
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Fakulti PASUM
2. Fakulti PASUM
- Fakulti PASUM bagi saya, tak besar sangat, tak kecil sangat, sederhana sahaja. Semua lengkap, ada makmal Fizik, Kimia, Biologi, komputer, bilik tutorial dan dewan kuliah yang selesa. Ada dua dewan kuliah, satu Audi di kompleks PASUM, satu lagi di dewan kuliah utama (DKU). Semasa Sem 1, pelajar Hayat belajar di Audi, Fizikal di DKU dan Sem 2 sebaliknya. Kalau tanya mana lagi selesa, depends juga. Pada pendapat saya, DKU ni lebih selesa, selesa untuk tidur. Sebab lampunya lebih malap, kerusi tinggi dan sejuk. Skrin projector pun colour pun cantik.
- Tempoh belajar di PASUM kebiasaannya macam kerja pejabat, 8 pagi sampai 5 petang. Memang pack dengan pelbagai subjek dan lab. Tapi ada certain minggu, tak ada lab dan kelas tutorial, jadi bolehlah balik awal atau berehat.
- Tapi kalau ada satu kelas atau kuliah yang cancel, kena ganti tau. Tu yang perit sikit. Huhuhu. Kalau nak tahu, PASUM ni immune tau, jarang nak dapat cuti dari pihak atasan. Waktu jerebu, wabak penyakit, tak ada cuti pun. Kalau ada cuti, wajib diganti. So camtulah nasib di PASUM.
- Bila dah habis sem 1, tak payah dah nak ulangkaji dah. Boleh delete apa yang belajar untuk muatkan data for sem 2. TAPI, ada sesetengah bahagian tu kena recap balik apa yang dibelajar masa sem 1, so tak boleh format semua, huhuhu.
- Kalau tanya tentang tutorial, tutorial tu nama lain bagi homework. Setiap minggu pensyarah akan bagi homework untuk buat.
- Wajib ke buat? I would say, buat lah. Masa sekolah wajib lah hantar homework, tapi tutorial ni, tak buat pun tak apa. Tutorial macam latihan untuk biasakan dengan soalan exam nanti. Tapi, ada sesetengah pengajar yang akan suruh hantar, so prepare lah
- Akan tetapi, yang tak hantar tu, itu bukan alasan untuk tidak buat. Dalam kelas tutorial, ada pengajar suruh pelajar yang akan explain jawab soalan tutorial dan berbincang. Jadi, senang cerita, sesiapa yang tak buat, merana nanti untuk exam, sebab tak fahamkan. (Tips : Kebanyakan soalan tutorial hampir sama dengan soalan exam nanti)
![]() |
| Sem 1 |
- Dari sudut pensyarah, memang tak banyak saya nak complain. Semuanya baik-baik, peramah, sporting dan boleh gurau-gurau. Takde yang garang-garang kat sini. Senang nak fokus semasa di kuliah, dan senang nak tidur juga (tak galakkan untuk tidur sebab lecturer tak akan ulang balik apa yang dia ajar untuk kuliah seterusnya)😂. Mereka semua suka beri nasihat, motivasi dan tekankan pelajar sangat. Kalau ada yang garang atau strict, boleh kira dengan jari je.
- Untuk pengetahuan, ada pensyarah di UM ni menjadi penulis buku teks untuk silibus SPM antaranya Dr. Azlina untuk Biologi Tingkatan 4. Selain itu, hampir semua lecturer Physics di PASUM menjadi penulis buku untuk Comprehensive College. Begitu berkualiti pensyarah di UM ini.
![]() |
| Setiap kali habis kuliah, ramai nak tanya soalan. |
Tidur dalam lecture hall tu perkara biasa di sini.
- Pelajar PASUM umumnya akan belajar subjek aliran sains. Bagi saya, subjek di sini kebanyakan semuanya seperti silibus SPM, cuma ada tambah formula, konsep dan topik baharu. Boleh rujuk buku Comprehensive College yang mungkin diberi daripada senior2 PASUM. Belajar dahulu pun boleh.
- Silibus di PASUM agak berbeza dengan STPM dan Matrikulasi yang lain. Kadang-kadang, kita belajar apa yang tidak belajar oleh STPM dan Matriks, dan ada juga yang dua-dua ni belajar tapi kita tak belajar. Jika nak kata susah atau tidak, sebenarnya ketiga-tiga ini ada susah masing-masing, tak perlu nak bandingkan. Apa salahnya belajar benda baru, kan?
![]() |
| Jenama buku yang paling muktabar untuk dibuat rujukan. |
- Untuk aktiviti makmal, pelajar Hayat ada 3 lab, Fizik, Kimia, Biologi manakal Fizikal hanya Fizik dan Kimia sahaja. Tak tahulah kelebihan atau tidak, tapi sebagai Hayat, pandangan peribadi saya, seronok lab bio ini, boleh tengok sel pakai mikroskop, bedah tikus dan katak dan macam-macam lagi which is sangat menarik.
- Memang boleh aplikasikan apa yang dipelajari di kuliah.untuk semua subjek.
- Tambahan pula, report lab mesti dihantar ketika aktiviti lab untuk pemeriksaan. Mana-mana lab yang perlu hantar, perlu hantar, so before lab, perlu lah salin apa yang patut di salin di lab manual yang diberikan.
- Ada subjek Jati Diri yang macam belajar Sivik je. Tapi sebenarnya best, bila dengar pensyarah Dr. Zainol berkenaan budaya hidup Jepun, bawa orang Jepun ke kuliah, tak rasa bosan bila datang kuliahnya. Tambahan pula, subjek ni menekankan assignment video. So boleh lah tengok hasil yang saya dan classmate buat di https://www.youtube.com/watch?v=ZQPfISIDPWM
- Tambahan : Pemenang untuk assignment video https://www.youtube.com/watch?v=4_gBjdH1bwY&t=57s
![]() |
| Suasana Makmal Fizik (Sepatutnya tak boleh guna phone, tapi kenangan ni oi) |
![]() |
| Rakan-rakan yang sentiasa berfungsi ketika di makmal |
![]() |
| Ekstrak Chlorophyll |
Struggle is real. Amik gambar time lecture tu pasti. Sekarang zaman online tengok recorded lecture sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Dari sudut peperiksaan pula, memang boleh katakan, senang nak score di PASUM. Sebabnya ialah apa yang diajar oleh lecturer, tutorial yang dibuat, semuanya berkait dengan final exam nanti. Mudah cerita, dia yang ajar, dia yang buat soalan, kan senang tu.
- Kalau STPM dan Matriks pula macam SPM, tak boleh jangka soalannya sebab kementerian yang buat. Tapi di PASUM, dah takde soalan-soalan KBAT ni (mungkin lecturer sibuk dan tak ada masa sangat). Pelajar hanya perlu mahirkan konsep dan formula sahaja, terutamanya Biologi dan Matematik.💪
- Akan tetapi, senang memang senang, tapi topik yang belajar tu memang sangat susah. Masuk asasi ni seperti kita dah menyelam ke permukaan subjek yang kita belajar dari SPM.
- Bila dah habis Sem 1 tu, tahulah macam mana potensi kawan-kawan kita. Ada yang straight A masa SPM, tapi dapat pointer bawah 3.00 di PASUM, ada juga yang gagal. Jadi, Ada yang konsisten straight A je, memang gifted betul.
- Betulkan niat belajar, jangan terlalu tertekan dengan belajar sahaja. Biasakan juga dengan hadapi kegagalan. Bila dah masuk universiti, orang dah tak tanya dah pasal result SPM dah, orang fokus kat result GPA anda sahaja nanti.
- Pernah lecturer cerita, ada seorang pelajar PASUM masuk hospital sebab menghidap depression. Katanya terlalu tertekan dengan result yang dia dapat.
- Budaya belajar di sini sangat berbeza. Kalau universiti lain, dapat 3.5 ke atas dan bersyukur gila, tapi kalau di PASUM, tak dapat 4 flat, rasa harapan dah hancur berkecai. Kenapa macam ini?
![]() |
| Result Mid Sem 1. Math C+, BI B+, pointer 3.65. Masa ni murung juga lah sebab classmates dapat 3.8 ke atas. |
![]() |
| Alhamdulillah, result Sem 1, rezeki Allah nak bagi selepas belajar dari kesilapan. Tak ada yang mustahil |
![]() |
| Dua jenis pelajar. Either gifted or hardworking. |
- Untuk masuk degree UM, yang terpilih dari PASUM hanya 60% keseluruhan. UM kan universiti teratas di Malaysia, jadi kalau bersaing dalam UPU, susah nak masuk nanti disebabkan kena bersaing dengan pelajar pandai dari Matrikulasi dan STPM.
- Tambahan pula, kena bersaing dengan kalangan kawan-kawan PASUM walaupun ada kemasukan autonomi. Biasanya yang tertekan ni, kepada yang nak sambung Medic di UM. Nak masuk Medic pun ada ujian BMAT tau, kalau nak tahu, boleh tanya.
- Walau apapun, ingat balik niat belajar. Kalau gagal sekalipun, kena ingat, masih ada harapan untuk berjaya. Saat jatuh itu lah buatkan kita bangkit. Kalau nampak ada kawan yang konsisten, biarkan sahaja. Fikir perasaan diri dahulu, belajar sikap redha.
- Sebenarnya, ada juga yang dapat minimum requirements pun boleh masuk UM ya. So, jangan risau. Masih ada harapan jika terus berusaha bersungguh-sungguh. PASUM kan anak angkat UM, semestinya dia utamakan pelajar PASUM dahulu.
- Pada akhir PASUM, akan ada Majlis Anugerah Emas. Di sini lah kita dapat enjoy bersama-sama sambil mengenakan baju yang kemas bergaya dan cantik.
- Selain itu, kita juga dapat tahu siapa yang dapat Top student setiap aliran dan Anugerah Emas kepada pelajar yang sangat aktif disamping result yang sangat cemerlang.👏
![]() |
| Ketua Aliran Hayat 1 |
- Untuk sesi-sesi yang lepas, PASUM tidak ada kelab atau persatuan. Kalau nak dapatkan merit, biasanya dari aktiviti kolej atau program dari PASUM sendiri seperti Jogathon dan Majlis Anugerah Emas. Bermula sesi 2019/2020, terdapat lebih kurang 6 kelab yang ditubuhkan untuk membantu pelajar mengumpul merit sebagai bekalan untuk kemasukan degree nanti.
![]() |
| Bersama ahli Kelab Trifecta untuk projek Hari Malaysia. Nak tengok karya saya, boleh tonton di https://www.youtube.com/watch?v=EjMraB6p-8Y |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Hubungan Persahabatan
![]() |
| Tutormate HA1 yang dikasihi, hihi |
- Di PASUM, saya dapat temui dengan ramai kawan dari serata Malaysia. Dari semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak, dapat lihat kepelbagaian variasi. Saya juga dapat muhasabah diri, bahawa di sebalik kepandaian kita, ada lagi yang lebih pandai dari kita.
- Kawan-kawan di sini sememangnya boleh dibuat kawan untuk bersembang, ajak lepak malah share masalah sama-sama, terutamanya dengan classmates. Kalau dapat yang sekepala ni, memang happening lah satu kelas tu.
- Kita juga boleh berkawan dengan kawan-kawan lain dari aliran lain seperti aliran Fizikal, Apids dan Hayat. Boleh bertegur sapa ketika join projek atau di kolej. Bebas berkawan dengan sesiapa. Nak ada crush pun boleh 😉. Bagi mereka yang dah ada geng masa sekolah terutamanya sekolah SBP, MRSM, yang sehidup semati masuk UM juga, berkawan juga lah dengan orang lain.
- Namun, bijaklah memilih kawan yang terbaik untuk kita. Ada kawan yang boleh dibuat sahabat untuk kongsi masalah, ada juga menyakitkan hati kita dan tikam belakang kita. Oleh itu, jadilah kawan yang bijak, dah umur 18-19 tahun, kan? Boleh fikir sendiri.




(Beberapa kepingan kenangan bersama kawan-kawan baru)
4. Kebebasan dan kemudahan
- Topik akhir nak cakap, tentang kebebasan dan kemudahan. Jujurlah saya katakan, PASUM lah antara universiti yang sangat bebas. Apa maksudnya?
- Mudahkan cerita, PASUM ni boleh dikatakan anak buah UM dan senior anggap kami ni budak tadika 😂. Tapi kehidupan PASUM lebih kurang sama macam dengan degree.
- UM ni terletak di tengah-tengah KL, pusat bandaraya. Keliling UM dah penuh dengan mall yang banyak, 10 minit boleh sampai kalau naik Grab. Nak tempah kereta sewa pun ada.
- Waktu outing? Tak perlu fikir lah. Nak balik rumah lepas habis kelas pun boleh. Taknak duduk kolej pun tak apa, felo tak kisah pun. Hujung minggu pun tak perlu minta izin nak balik atau ada urusan ke, just go 😏.
- Cuma ada lah peraturan-peraturannya, antaranya pagar kolej KUAZ akan tutup pukul 12 am dan buka pada 6 am. Di situ je ada halangan, tapi selebihnya, memang bebas. Nak pergi mana-mana ke, silakan. Cuma saya boleh katakan, pandai-pandailah berjimat duit dan jaga batas pergaulan.
- UM pun ada Wifi yang sangat laju. Disediakan khas untuk semua pelajar dan staf di UM. Tak percaya, saya ada bukti, lihat di bawah.
![]() |
| Dengan bantuan Wifi Repeater, waktu subuh boleh cecah kelajuan ni. |
- Selain itu, kalau nak guna software Microsoft seperti Words dan Powerpoint, pelajar boleh guna aplikasi yang terkini. Hanya layari https://myum.um.edu.my/mainpage.php?module=News_khas&show=1&id=1011 dan hanya install dan masukkan email Siswamail.
![]() |
| Perpustakaan PASUM |
![]() |
| Bilik Tutorial |
![]() |
| Audi |
![]() |
| DKU |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan
Belajar di mana-mana, ada cabaran masing-masing. Apa yang penting, sememangnya sambung PASUM adalah tindakan yang sangat berbaloi. Disebabkan asasi UM ada akses untuk sambung ke mana-mana degree nanti, anda masih boleh consider untuk fikir anda sesuai atau tidak di UM. Fasiliti dan kolej tu tolak tepi dulu. Walaupun akan berpisah akhirnya, tetapi suatu masa, perasaan rindu akan kenangan pasti akan dikenang. Percayalah, belajar di PASUM dapat menjadikan anda lebih matang, bijak dan pandai menguruskan diri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih kerana membaca.
Jika ada apa-apa ingin bertanya atau nak tambah apa-apa atau nak tengok lebih lagi, boleh lawat
https://www.instagram.com/amriner/
Facebook
https://m.facebook.com/amrinhafizer
Vlog Checkout From PASUM
https://youtu.be/kM-UAl-UGkY
DM tepi. 😇
Amrin Hafiz
Ex-Pelajar PASUM 19/20
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai PASUM, saya mencadangkan anda boleh rujuk di website yang tertera di bawah. Maklumat yang dibekal dari alumni PASUM ini kebanyakan masih relevan kecuali dari segi penamaan subjek dan silibus setiap aliran dan sistem kolej.
1. http://amirrosyadie.blogspot.com/2016/01/ .
2. https://postspm2016.wordpress.com/2017/01/05/life-in-pasum-pusat-asasi-universiti-malaya/
DM tepi. 😇
Amrin Hafiz
Ex-Pelajar PASUM 19/20
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai PASUM, saya mencadangkan anda boleh rujuk di website yang tertera di bawah. Maklumat yang dibekal dari alumni PASUM ini kebanyakan masih relevan kecuali dari segi penamaan subjek dan silibus setiap aliran dan sistem kolej.
1. http://amirrosyadie.blogspot.com/2016/01/ .
2. https://postspm2016.wordpress.com/2017/01/05/life-in-pasum-pusat-asasi-universiti-malaya/




























